Majlis yang telah berlangsung pada tarikh 31 Januari 2012 dihadiri oleh sebahagian besar ibu bapa dan penjaga pelajar Tahun 6. Pelbagai maklumat dan perancangan telah diutarakan untuk sesi perbincangan sebagai satu usaha untuk meningkatkan kecemerlangan peratus kelulusan dan pencapaian 5A. Semoga mendapat sokongan dan dokongan yang berterusan daripada semua pihak. Tidak lupa juga penghargaan yang setinggi-tingginya buat PIBG SK Gemang yang turut menghulurkan sumbangan dan kerjasama ke arah mencapai matlamat yang disasarkan.
No comments:
Post a Comment