Wednesday 1 February 2012

PROGRAM GOTONG ROYONG MENCERIAKAN PSS SK GEMANG

 Rak buku yang tersusun dan kemas mendatangkan keinginan kepada para pelajar dan guru untuk menimba maklumat dan pengetahuan yang terkandung di dalamnya,

 Cikgu Rani, Cikgu Nazli, Cikgu Shaharudin dan Cikgu Zulkifli bersemangat bekerja secara berkumpulan menyusun atur kedudukan rak buku di bilik PSS SK Gemang.

 Alas meja baru sedang dipasang bagi menceriakan lagi suasana di perpustakaan sekolah ini.

 Cikgu Nazar juga tidak ketinggalan menumpahkan keringat membantu menghias dan menukar alas meja.

 Inilah suasana yang menggambarkan komitmen dan kesanggupan untuk saling bekerjasama dikalangan semua warga SK Gemang. Cikgu Tg Norlaila juga turut bertungkus lumus mengalihkan meja dan rak bacaan murid,

 Inilah sebahagian besar tenaga pendidik SK Gemang yang terlibat dalam pengkelasan, penyusunan  dan pengumpulan semula di bahagian rak yang berkaitan. Syabas kepada semua yang sudi membantu Cikgu Hamidah selaku Penyelaras PSS SK Gemang.

Keadaan sudah berubah dan bertambah ceria. Mudah-mudahan usaha ini akan terus dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment