Saturday, 21 April 2012

REKOD GURU BESAR SK GEMANG BERMULA TAHUN 1954

01. En.  Ab. Rahman bin Taib P.P.N
      1954 - 1956
   02. En.  Wan Idris bin Ismail
      1956 - 1957
   03. En.  Salleh bin Harun
      01.01.1958 - 10.01.1965
   04. En.  Muhamad  bin  Awang
      11.01.1965 - 31.01.1966
   05. En.  Wan Omar bin Wan Yusoff
      01.02.1966 - 31.12.1967
   06. En.  Ismail  bin Ibrahim 
      01.01.1968 - 31.12.1968
   07. En.  Yusoff  bin Ismail  
      01.01.1969 -  31.12.1971
   08. En.  Mohd Nor bin Muhamad  
      01.01.1972 - 14.03.1976
   09. En.  Hussin bin  Ya'kub  
      15.03.1976 - 31.12.1980
   10. En.  Ismail  bin  Daud
      01.01.1981 -  15.09.1983
   11. En.  Ab Ghani  bin Samat  
      16.09.1983 - 15.09.1984
   12. En.  Md Zain bin  Abu Bakar
      16.09.1984 -  31.12.1986
   13. En.  Abu Hassan bin  Musa  
      01.01.1987 -  31.12.1987
   14. En.  Wan Ibrahim bin  Wan Konok 
      01.01.1988 -  31.12.1996
   15. En.  Mustapha bin  Mat @ Mamat  
      01.01.1997 -  31.12.1997
   16. En.  Abd Wahab bin Shafiee  
      01.01.1998 -  31.12.1998
   17. En.  Baharudin bin Jais  
      01.01.1999 -  15.02.2006
   18. Pn.  Jamakyah bt  Meon
      16.02.2006 -  13.06.2007
   19. Pn.  Zalina bt Yusof
      14.06.2007 - 15.11.2011
   20. Hj.  Mohamad bin Che’I  
      16.11.2011 - 15.12.2012
21. Hj. Mohamed Razman b Abdullah
      16.12.2012 - ?



Thursday, 19 April 2012

Wednesday, 18 April 2012

PESERTA KARNIVAL INTEGRASI 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

AMIRUL ASHRAFF BIN MOHAMAD YUDIN
SK GEMANG,  JELI





40 HARI BERLALU....AL FATIHAH

PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli. 

PETIKAN BERITA AKHBAR METRO

JELI: “Arwah sempat memberitahu jika dia mati, dia tidak bimbang kerana rumah yang kami diami sekeluarga siap sepenuhnya. Tak sangka, kata-katanya menjadi kenyataan,” kata Zalini Abd Rahim, 37, isteri kepada Mohd Suhaimi Mat Nor, 43, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain bola sepak di padang Kampung Seberang Jeli, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, Mohd Suhaimi yang menyertai Kejohanan Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pada minit ketiga separuh masa kedua perlawanan.

Mohd Suhaimi yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Gemang, di sini, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jeli dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang, jam 9 malam kelmarin.

Menurut Zalini, suaminya kelihatan bersemangat ketika keluar rumah pada jam 9 pagi.

“Arwah sebelum ini sihat saja. Banyak kejohanan bola sepak yang disertainya, termasuk di Sabah dan Johor.

“Namun, pada jam 1.15 tengah hari saya menerima panggilan daripada rakan sekerja arwah yang memaklumkan kematiannya. Saya seperti hendak pitam ketika mendengar berita itu, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya.


Saksi kejadian yang juga pengadil perlawanan, Roslan Nordin, 46, berkata, sebaik perlawanan dimulakan, Mohd Suhaimi kelihatan cergas dan tiada perubahan berlaku pada dirinya.

“Bagaimanapun, pada minit ketiga separuh masa kedua, Mohd Suhaimi tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Saya memberhentikan perlawanan dan penganjur membawanya ke Hospital Jeli, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan, Sheik Azhar Sheik Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kematian Mohd Suhaimi diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KARNIVAL SAINS DAN INOVASI - MRSM JELI